INSPIRASI KEJAYAAN

Dalam perjalanan menuju kejayaan didalam apa jua bidang sudah pasti akan menempuh ujian dan cabaran..
Untuk sahabat-sahabat kami , teruskan perjuangan.. yakin lah bahawa kejayaan sedang menunggu kita semua.
Antara kunci utama untuk sukses didalam kerjaya Ialah menjadikan kerjaya ini sebagai bekalan utk kehidupan yang abadi dan sebagai penyambung perjuangan Rasullulah saw..
Untuk para graduan yang belum mempunyai kerjaya atau inginkan pendapatan tambahan dipersilakan untuk hubungi kami. Kami bersedia untuk membantu anda .

#JihadEkonomi
#wUnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#JomMemperbanyakanSelawat

INSPIRASI..

Alhamdulillah.. Terima kasih atas kepercayan yg diberikan..
Perbincangan demi perbincangan dibuat bagi memastikan prgm dapat dilaksanakan depan cemerlang
Mesyuarat bersama Presiden Usrah Associates alumni UUM Tn Hj Sam Senin & Pengerusi Masjid Tun Razak, Melaka, Tn Hj Zainal bagi membincangkan program komuniti pusat AlumniCentre Uum bersama jemaah masjid, pelajar-pelajar sekolah, pelajar asnaf dan anak-anak sinar harapan pada bulan September nanti. Semoga perancangan ini akan dipermudahkan Allah SWT Aamin…

#IlmuBudiBakti
#JihadEkonomi
#wUnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#JomMemperbanyakanSelawat

KEJAR LA AKHIRAT, DUNIA AKAN MENGEJARMU.. INI PESAN GURU

Pernah dalam hati terdetik nak tinggalkan kehidupan madrasah dan pengajian di masjid dan mulakan hidup bisnes dan perniagaan secara fulltime dan fokus kerana memang diri sendiri sangat berminat untuk berniaga secara serius dan ada harapan untuk jadi jutawan dengan izin Allah.
Selepas jadi jutawan boleh la dermakan harta bantu anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal yang memerlukan bantuan, madrasah dan pondok pondok tetapi apabila melihatkan keperluan agama dan ilmu agama yang perlu untuk disampaikan kepada umat masih terlalu banyak dan ramai lagi yang masih jahil dan memerlukan bimbingan agama dan masih dikurniakan rezeki para pelajar yang bersungguh datang untuk belajar rasa tak sampai hati nak tinggalkan institusi pendidikan dan berpindah dunia lain.
Jiwa mengajar ilmu agama memang terasa dekat dihati walaupun tidak sekaya mereka yang bercakap motivasi di atas pentas pentas dunia.
Apabila teringat pesanan baginda nabi صلى الله عليه وسلم iaitu apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang maka Allah akan memberi kefahaman agama kepadanya maka barulah hati menjadi tenang dan terhibur dengan janji Allah taala.
Dunia tempat sementara akhirat kekal selamanya. Susah di dunia sekejap, senang pun sekejap, mereka yang kaya raya dulu pun telah lama dikubur tanpa nama, hanya tinggal amalan yang menjadi peneman selamanya.
Pangkat, jawatan, tahta, harta adalah pinjaman sementara dan amanah daripada Allah untuk kita semua salurkan bagi membantu agamaNya. Tak semua orang berjaya melalui ujian ini.
Maka lebih baik kita hidup sederhana dan bersyukur dengan apa yang ada kerana tempat balasan sebenar adalah akhirat syurga yang diberikan mengikut martabat amalan masing masing itupun dengan rahmatNya.
Biarkan di dunia mereka bangga dengan dunia mereka dan bermewah dengan kehidupan sementara kerana setelah mati tiada perkara yang dapat menggembirakan mereka melainkan iman dan amal soleh sahaja.
Di dunia tempat bersusah payah bercucuk tanam untuk kehidupan akhirat. Betul kata orang dulu dulu,
Berakit rakit ke hulu,
Berenang renang ke tepian,
Bersusah susah dahulu,
Bersenang senang kemudian.
Hidup biar lihat apa pandangan Allah pada kita.
Tidak perlu lihat apa orang dan manusia mengata.
Biar papa di dunia yang sementara,
Untuk kehidupan akhirat kaya selamanya.
Dibawah pembangunan kami masih sedang berjalan, siapa nak dapatkan saham akhirat peluang masih terbuka insyaaAllah.
Terus salurkan ke akaun berikut :
Cimb 8603 043382
madrasah tahfiz quran darul falah
Dan sharekan resit sumbangan anda sebagai catatan kami kepada no berikut :
Wasap.my/601139903579/Infaqpembangunan
Semoga Allah terima dan berkati insyaaAllah.
Di sebelah pula sebuah tanah satu ekar insyaaAllah akan dibeli oleh pihak madrasah dengan harga 250,000rm sahaja.

Siapa berminat untuk menyumbang bagi pembelian tanah boleh tekan link berikut dibawah :
Wasap.my/601155883579/sumbangantanah
Mohon doa daripada semua agar dipermudahkan perjuangan kami pahit manis dalam mendirikan sebuah institusi madrasah demi kebaikan generasi pada masa akan datang.

PERKONGSIAN HARI INI.. CATATAN PERKONGSIAN 2018

TAHUN KE 15 BERSAMA TAKAFUL IKHLAS BERHAD
Melaka , 10hb Ogos 2018
PERANCANGAN & KESETIAAN DALAM PERNIAGAAN..
Antara perkara utama dalam kerjaya atau perniagaan yang kita ceburi adalah tempoh masa atau matlamat jangka pendek dan jangka panjang . Apa matlamat yang harus dicapai selepas setahun , 5 tahun dan 10 tahun. Ini amat penting kerana usia kita terus meningkat dan tidak boleh diundur semula. Segala kesilapan akan mengakibatkan kerugian masa yang tidak ternilai harganya
Begitu juga dalam kerjaya sebagai Perunding Takaful ini, apabila saya menyertai TIB pada 1hb Ogos 2003 , matlamat utama saya adalah dapat membayar segala tunggakkan hutang atas kegagalan perniagaan sebelum ini selepas 5 tahun. Adakah Selepas 5 tahun matlamat ini dapat dicapai atau sebaliknya? ( Dalam tempoh ini anda MESTI melaksanakan segala aktiviti dan tugasan sebagai seorang Perunding Takaful sepenuh masa ).
Alhamdullillah , pada 1 Ogos 2018 ini , genap 15 tahun saya bersama TIB sebagai Perunding Takaful dalam membangunkan industri takaful di negara ini. Segala matlamat jangka pendek dan jangka panjang serta impian dapat dicapai
Antara pencapaian yang dapat dicapai adalah menjadi TOP Direct Unit sebanyak 8 kali, TOP GAM 4 kali dan menjadi Million Ringgit Agency di tahun kedua menjadi GAM sehingga kini. Pada masa yang sama dapat melayakkan diri ke konvensyen UMRAH dan konvensyen luar negara setiap tahun. Sehingga kini saya telah menyertai konvensyen lebih dari 30 buah negara selain mengerjakan umrah & ziarah . Antara negara yang dilawati adalah England , Australia, New Zealand, Perancis , Japan, Korea Selatan , Mesir , Jordan, Turki, Indonesia , China dan banyak lagi.
Jadi, kalau saya boleh , anda pun BOLEH… Itu semua adalah pilihan kita..

Kami menjemput anda semua ke sesi Membina Empayer Perniagaan bersama kami pada :-
Tarikh : 11hb Ogos 2018 ( Sabtu )
Masa : 2.30 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh , Melaka
Nota : Sila hubungi kami untuk pendaftaran ( tempat terhad)
`Right mindset, focus, commitment & Tawakkal ‘
Kejayaan adalah suatu perjalanan yang panjang.

#PerundingTakafulProfesionalDanIntergriti
#GrowingTogetherWithUs
#UsrahAssociates

PERKONGSIAN ILMU

Peristiwa yang berlaku di bulan Muharram dan Kenapa Puasa Istimewa di Bulan Muharram
Tarikh-tarikh yg kita digalakkan untuk berpuasa:-
Ahad – 9 Muharram (sebelum Asyura’)
Isnin – 10 Muharram (Hari Asyura’)
Selasa – 11 Muharram (Selepas Asyura’)
Khamis – 13 Muharram (Hari Putih)
Jumaat – 14 Muharram (Hari Putih)
Sabtu – 15 Muharram (Hari Putih)
Kisah-kisah yang terkandung di dalam 10 Muharram (Hari Asyura’) ;
1. Hari Allah menciptakan Al-Qolam.
2. Hari Allah menciptakan Malaikat Jibril عليه السلام .
3. Hari Allah menciptakan Nabi Adam عليه السلام daripada Tanah.
4. Hari Allah menciptakan Bumi.
5. Hari pertama hujan turun di atas muka Bumi.
6. Nabi Adam عليه السلام diturunkan ke Bumi daripada Syurga.
7. Hari Allah menerima taubat Nabi Adam عليه السلام.
8. Diangkat-Nya Nabi Idris عليه السلام ke langit.
9. Berlabuhnya Bahtera Nabi Allah Nuh عليه السلام di Gunung Judi.
10. Hari kelahiran Nabi Allah Ibrahim عليه السلام
11. Kelepasan daripada terbakarnya Nabi Ibrahim oleh kezaliman Raja Namruz.
12. Hari penganugerahan gelaran mulia KholilulLah kepada Nabi Ibrahim عليه السلام.
13. Dikembalikan semula pengkihatan Nabi Allah Yaakub عليه السلام.
14. Allah menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub عليه السلام.
15. Allah membebaskan Nabi Yusuf عليه السلام daripada penjara.
16. Allah menyelamatkan Nabi Musa عليه السلام daripada bala tentera Firaun.
17. Allah menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa عليه السلام.
18. Diterima taubat Nabi Allah Daud عليه السلام.
19. Pengurniaan kerajaan agung kepada Nabi Sulaiman عليه السلام.
20. Pengambilan semula oleh Allah kerajaan agung Nabi Sulaiman عليه السلام .
21. Nabi Yunus عليه السلام dikeluarkan daripada perut Ikan Nun.
22. Diangkat-Nya Nabi Isa عليه السلام ke langit.
23. Terbunuhnya Sayyidina Husain عليه السلام di tengah Padang Pasir Karbala, Iraq.
Rujukan : Tafsir Al-Jamal
8Muharram,
Tarem.

#JihadEkonomi
#wUnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#JomMemperbanyakanSelawat