BERITA BERNAMA | MEMORI 2019

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Generasi muda dan graduan hari ini digesa merebut peluang menceburi bidang kerjaya sebagai perunding takaful kerana ia menjanjikan prospek kerjaya yang stabil dan potensi meraih lumayan yang tinggi.
Pengurus Agensi Kumpulan Usrah Associates, agensi berdaftar Takaful Ikhlas Family Bhd, Samian Senin berkata kerjaya sebagai perunding takaful kini tidak lagi dipandang rendah kerana mampu menjana pendapatan sehingga empat angka sebulan iaitu lebih tinggi daripada tawaran gaji kerjaya profesional lain.
Beliau berkata walaupun industri takaful ketika ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan, namun orang ramai mula sedar akan keperluan dan kepentingan takaful menjadikannya permintaan semakin bertambah dari hari ke hari.

“Persaingan (industri takaful) tetap ada dan mencabar, namun ada kelompongan lain yang boleh diisi iaitu orang ramai mula faham peranan dan manfaat polisi takaful seperti memberi perlindungan kewangan saat kritikal seperti sakit, rawatan hospital selain perlindungan kepada aset,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.
Samian adalah antara ejen-ejen cemerlang Takaful Ikhlas yang menerima ‘Anugerah Mega Agensi’ (AMA) kali kelima tahun ini, iaitu anugerah tertinggi yang diberikan oleh Takaful Ikhlas kepada ketua agensi yang berjaya mengumpul jumlah caruman berkumpulan tahun pertama terkumpul melebihi RM 3 juta setahun.
Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah lain sepanjang bersama Takaful Ikhlas antaranya Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga), Anugerah Penghasilan Unit Langsung Teratas dan Anugerah Million Ringgit Agency (MRA).
Berkongsi rahsia menjadi perunding takaful yang berjaya, Samian yang telah bersama Takaful Ikhlas selama 16 tahun berkata beliau sentiasa komited dan berani mengambil risiko dalam setiap apa cabaran yang dihadapinya.
“Takaful ini juga adalah salah satu cabang perniagaan jadi saya tidak lari dari faktor jatuh bangun. Saya pernah kehilangan ramai perunding terlatih di bawah agensi saya yang telah dipancing pihak luar. Bagaimanapun, saya teruskan juga dan percaya kepada rezeki,” katanya.
Mengulas lanjut, Samian yang juga bekas pegawai bank berkata graduan yang berminat dengan dunia perniagaan takaful tidak perlu takut sekiranya mereka tidak ada ilmu tentang kerjaya itu kerana mereka akan dilatih sehingga menjadi perunding takaful yang profesional dan beretika.
Malah katanya perniagaan takaful dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia bagi memastikan perniagaan yang dijalankan secara berhemat tanpa menjejaskan kepentingan peserta dan industri.
“Mereka perlu menghadiri kursus latihan bagi mempelajari skil selain juga perlu mengikuti Continuing Professional Development (CPD) bagi meningkatkan pengetahuan semasa dan kompentesi bagi menjadi perunding takaful yang profesional,” katanya.

Perkongsian:Muhammad Khairul Nizam Ithnin

PERKONGSIAN ILMU & INSPIRASI

Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu tentang takaful utk perniagaan.. Terima kasih kepada Tn Hj Samsul & team atas peluang yang diberikan.
KEYMAN : PENGENALAN & KONSEP
Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan adalah bergantung kepada kepakaran , kebolehan dan peranan yang dimainkan oleh `KEYMAN’ dalam orgnisasi tersebut. Individu ini mungkin pemilik syarikat atau lembaga pengarah atau rakan kongsi atau Tenaga Kerja Pakar .
Antara tugas utama dan tanggungjawab seseorang `keyman adalah seperti berikut :-
i. Menentukan visi, misi dan hala tuju orgnisasi
ii. Membuat perancangan strategik dalam peniagaan
iii. Mewujudkan dan mengukuhkan rangkaian perniagaan.
iv. Membuka peluang perniagan baru
v. Mengurus dan memastikan aliran tunai
vi. Mengurus dan memotivasikan warga kerja
vii. Memastikan hutang piutang dapat dikutip
viii. Memastikan syarikat mendapat keuntungan.

APA YANG BERLAKU APABILA ‘KEYMAN’ MENINGGAL DUNIA?
BAGAIMANA TAKAFUL DAPAT MEMBANTU?
Bagi mengatasi masalah di atas, kami bersedia membantu anda untuk perkara-perkara berikut:-
1. Mengekalkan Keuntungan
2. Mengurangkan kadar Cukai Syarikat
3. Pengganti kepada keyman
4. Menyediakan plan persaraan
5. Menyediakan rezab keuntungan
6. Sebagai Perlindungan Penjamin
7. Pembayar akaun perbelanjaan
8. Tunai dalam kesusahan

Untuk Memastikan perniagaan terus relevan dalam Industri , rancang perniagaan anda bersama kami
http://www.wasap.my/60177379900/keymanTakaful

#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#JomMemperbanyakanSelawat

Inspirasi Kejayaan & Perkongsian ilmu

Alhamdulillah terima kasih kepada Pengurusan Majlis Guru Besar Johor kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu.
Setiap dari kita MESTI membuat Perancangan Kewangan yang komprehensif bagi mencapai matlamat dunia & akhirat .
Antaranya ialah Perancangan :-
•Wakaf & Harta Pusaka (distributon )
•Persaraan ( Retirement )
•Zakat & Cukai (Purification)
•Pelaburan Islam (Accumulation)
•Pengurusan risiko (Protection)
•Cash Flow/ Liability mgt ( Generation)

#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#takafulikhlas
#JomSelawat