RENUNGAN HARI INI…

Catatan Afyan Mat Rawi, IFP

Tak tahu nak pilih mana? Pilih yg paling kurang mudarat berdasarkan prinsip maqasid syar’iyyah:
1. Menjaga agama,
2. Menjaga nyawa,
3. Menjaga akal,
4. Menjaga keturunan, dan
5. Menjaga harta
HURAIAN APLIKASI LIMA (5) PRINSIP MAQASID SYARIAH DALAM TADBIR URUS
1. Menjaga Agama
Dalam konteks Malaysia, memelihara Agama (ad-din) bermakna untuk mengelakkan apa-apa yang mungkin melanggar dan memusnahkan asas-asas, yang termasuk mempertahankan negara dan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan secara man dan harmoni sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai pemerintah, menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama di tempat yang teratas. Pemeliharaan akidah umat Islam adalah perkara utama yang patut diberi perhatian agar ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan RasulNya menjadi keutamaan, serta ketaatan kepada pemimpin turut dititikberatkan.
2. Menjaga Nyawa
Memelihara nyawa (hifz an-nafs) adalah memelihara maruah, persaudaraan dan kesaksamaan sosial, keadilan, keselamatan hidup, harta dan maruah, pemerintahan yang baik, mengurangkan kadar kemiskinan dan memnuhi keperluan pekerjaan, pengagihan saksama pendapatan dan kekayaan, perkahwinan dan kehidupan keluarga yang stabil, perpaduan sosial dan pengurangan jumlah jenayah serta keamanan dan kestabilan.
Sebagai pemerintah, menjadi tanggungjawab kerajaan mengelakkan pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan menghadapi kemusnahan, manakala ketenteraman dan keamanan pula akan hilang.
3. Menjaga Akal
Pemeliharaan akal ertinya memberi perlindungan kepada akal manusia dari apa-apa yang akan merosakkan. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Semua unsur-unsur yang menjurus pada kehilangan dan merosakkan akal serta pemikiran seperti arak, dadah serta filem yang merosakkan, sudah semestinya dibanteras dan dihalang dengan segera.
Selain itu, penyediaan infrastuktur dan system pendidikan yang holistic serta terbaik menjadi tanggungjawab kerajaan bagi membolehkan setiap rakyat mendapat pendidikan sempurna. Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan asas untuk mencapai kemajuan dan mewujudkan umat yang bertamadun. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi focus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.
4. Menjaga Keturunan
Konsep memelihara keturunan melibatkan perlindungan dan pemeliharaan keturunan. Ia adalah penting untuk membentuk masyarakat yang sihat, produktif dan berkesan. Keturunan wajib dipelihara demi menjaga system sosial dalam masyarakat.
Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi agama dan tabi’ie manusia seperti penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya, maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh jalur keturunan yang suci serta merosakkan maruah agama, bangsa dan negara.
5. Menjaga Harta
Memelihara harta bermakna melindungi kekayaan masyarakat daripada kehancuran dan dari peralihan harta ke tangan orang lain dengan cara yang tidak sah termasuk larangan terhadap ketidakadilan, menafikan hak dan sebagainya. Sebagai pemerintah wajib memelihara dan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan.
Pembangunan ekonomi ini boleh dilakukan melalui pengukuhan sumber manusia, pendidikan, kemajuan teknologi, etika kerja, menggubal dasar-dasar kewangan dan fiscal yang betul untuk mempercepatkan pembangunan, akses kepada modal melalui pembiayaan mikro kepada golongan miskin, serta memberi pekerjaan dan peluang pekerjaan.

Artikel daripada JAKIM

TAKSUB ISLAM & MELAYU

Bila sampai musim pilihanraya, mulalah isu-isu Islam dan Melayu digendang semula.
Islam agama yang suci, yang membawa rahmat kepada sekalian alam.
Islam sepatutnya memberi rahmat kepada semua.
Islam tak ajar kita bermusuh, tak ajar kita untuk tidak berlaku adil pada yang lain.
Jangan kata saya tak taksub pada agama dan bangsa saya.
Kerana taksub Islam dan Melayu la saya memperjuangkan kewangan Islam. Supaya muamalah Islam tertegak di muka bumi ini. Supaya orang-orang Islam dan Melayu terhindar dari amalan riba’ yang diharamkan dlm Islam.
Sebab taksub Islam dan Melayu la saya memperjuangkan Perancangan Kewangan Islam. Supaya kehidupan orang Islam, terutamanya Melayu, berubah kepada yg lebih baik.
Dengan merancang kewangan secara betul, mengikut garis panduan Shariah, in shaa Allah kehidupan kita akan lebih baik dunia dan akhirat.
Dalam Perancangan Kewangan Islam, kami mendidik orang Islam supaya merancang untuk pendidikan anak-anak. Supaya kita tak selamanya mengharapkan bantuan biasiswa utk belajar. Biar hanya mereka yang betul-betul susah saja dibantu untuk meneruskan pelajaran.
Kami juga mendidik orang Islam supaya menyimpan utk haji. Supaya kita tak selamanya perlu mengharapkan subsidi TH utk ke Mekah. Biar hanya mereka yg layak utk dibantu saja mendapat bantuan subsidi TH.
Kami juga mendidik orang Islam untuk menyediakan dana persaraan yg cukup. Supaya orang-orang Islam dan Melayu khasnya akan hidup tenang selepas persaraan.
Itulah perjuangan saya. Ya saya taksub Islam dan Melayu. Saya mahu muamalah Islam ditegakkan dan saya mahu kesejahteraan kewangan orang Islam, khasnya orang Melayu dipertingkatkan.
Tapi bukan dengan menafikan hak bangsa lain yg hidup bersama kita di Malaysia ni. Tidak sesekali dgn bermusuh dengan bangsa lain di Malaysia ni.
Let us choose the best for our country.
STOP RACISM. WE WANT A BETTER MALAYSIA.

Kredit:Zarinah MY

RANCANG KEWANGAN ANDA HARI INI…

Rancang kewangan anda hari ini utk memastikan kita berjaya dunia akhirat

Tabung Persaraan utk Gen Y dan Millenial
Semalam saya berceramah dengan anak-anak tentang pentingnya menabung utk persaraan.
Ya lah..anak-anak saya Gen Y dan Millenial. Ada antara mereka tak terlepas dari percikan budaya instant gratification – nak pakai kereta bagus, barangan berjenama, etc, tanpa memikirkan pentingnya menabung utk masa depan.
Dan ada juga antara mereka yang tak terlepas dari percikan budaya mahukan flexibilities, tak suka kerjaya 9 to 5.
So saya nasihatkan anak-anak saya pentingnya pastikan kerjaya yang dipilih mampu membolehkan mereka menyimpan utk persaraan dan juga menyediakan keperluan untuk perubatan.
Bagusnya kerja dengan organisasi yang stabil ini adalah adanya contribution untuk EPF dan juga manfaat perubatan. Sekarang ni kebanyakan companies berikan staff mereka medical card.
Kalau kerja dengan government pula, ada pencen. Manfaat perubatan pun ada untuk pekerja government.
Tapi kalau pilih kerja sendiri, kenalah pastikan income yang dapat disimpan untuk persaraan dan ambik Takaful utk perlindungan kewangan. Takaful mesti ada utk pastikan jika diuji musibah kesihatan, tidaklah rabak poket membayar kos perubatan. Ramai yang bila diuji dengan penyakit, terpaksa keluarkan duit tabungan atau menjual harta benda yg ada.
Saya share dgn anak-anak saya pengiraan tabung persaraan dalam EPF.
Satu lagi bagusnya bekerja dengan organisasi ini ialah adanya contribution dari majikan ke dalam EPF. Majikan wajib contribute at least 12%.
Dengan contribution pekerja 11%, maknanya 23% daripada gaji bulanan akan masuk ke EPF setiap bulan.
Walau gaji bermula kecil sahaja, jika istiqamah menyimpan, lama2 membukit juga tabungan.
Andaikan mula bekerja umur 24, gaji RM2,500 sebulan, tiada bonus, kenaikan gaji tahunan 7% setahun dan dividen EPF 5% setahun. Ketika berusia tahun, in shaa Allah akan terkumpul RM1.9 juta dlm EPF.
Okay sangat dah tu.
Dengan jumlah RM1.9 juta pada masa persaraan, diandaikan dividend yang diperolehi dari tabungan masih 5%, dan inflation 3%, in shaa Allah kita mampu hidup dengan RM9,760 sebulan.
Bayangkan lah jika gaji permulaan lebih besar, ada bonus, dan rajin pula upgrade diri dan melompat grade/ kerja setiap 5 tahun, tak mustahil jumlah lebih besar terkumpul pada masa persaraan.
Satu perkara yang mesti diingat, seboleh mungkin jangan keluarkan duit dari tabung persaraan. Buat tabung lain untuk setiap tujuan yg diingini.

Kredit:Zarinah MY