Acara bulanan Usrah Associate untuk memberikan reward kepada wakil dan staff yang bertungkus lumus menguruskan permohonan dan tuntutan peserta.
Terima Kasih atas sokongan anda.
Catatan Perunding Kewangan Islam di Melaka, Malaysia
Acara bulanan Usrah Associate untuk memberikan reward kepada wakil dan staff yang bertungkus lumus menguruskan permohonan dan tuntutan peserta.
Terima Kasih atas sokongan anda.
Jadual kerja 1 hari yang padat untuk hari ni, perjalanan dari pagi hingga ke petang dari Melaka ke Bangi dan Serdang.
Perjumpaan yang pertama di Bangi Gateway, berjumpa dengan pihak Publisher Buku, tak lama lagi akan ada 1 buku Inspirasi Takaful, penulisan dari our super leader Tn Hj Sam Senin yang bakal d terbitkan.. Suprise..Kita tunggu kemunculannya?
Then meeting seterusnya ke White House, UPM perbincangan bersama Dr Razali Othman, Pengarah Pusat Pengurusan Zakat, Waqaf dan Endowmen (WAZAN,UPM, Serdang) berkenaaan Projek Waqaf Korporat kolaboratif antara Usrah Associates Plt dengan Pihak WAZAN, UPM untuk sama-sama kita martabatkan Institusi Wakaf Malaysia.
Seterusnya perjumpaan bersama Y.A.M Tengku Sharif Laksamana Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail , adinda kepada Sultan Perlis merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UPM.. Perbincangan santai berkenaan strategi untuk memacu pelan tindakkan Institusi Wakaf kearah yang lebih tinggi. ?
Dan pada sebelah petang pula, kami sempat untuk singgah ke Bangi Resort Hotel, Usrah Associates Plt di jemput sebagai tetamu kehormat ,berbincang dan berjumpa dengan Profesor Dato’ Dr Ab Halim bin Tamuri, Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dalam membantu mencapai misi menjadikan Kuis sebagai pelopor Universiti Wakaf Malaysia yang pertama.
**Jadual tugas yang sangat padat, d penuhi dengan agenda dan matlamat yang besar, kami di Usrah Associates Plt meletakkan matlamat yang tinggi dan Jelas, untuk membantu masyarakat Malaysia khususnya mencapai kejayaan saham dunia dan akhirat. ?
Bersarapan di Alor Setar, Kedah. Makan tenghari di Kuala Lumpur dan makan malam di Perth, Australia.
Aktiviti di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
Sihat itu M A H A L
Aktiviti nampak macam ringan sahaja. Aktivito melibatkan semua dengan aktiviti berlari. Lepas ini boleh lajulah membuat sale insyallah.
Monitoring sistem by Leaders2 Usrah Associate.
Alhamdulilah.
Kami di sini menggunakan satu sistem yang ditunjangi oleh leaders leaders yang berpengalaman hampir 20 tahun di industri Takaful.
Kami hanya focus kepada bidang rundingan Takaful di mana perkhidmatan consultant secara percuma mengikut sillibus IFP iatu Islamic Financial Plan untuk memastikan para wakil Usrah Associate menjadi perunding yang profesional dan berintegriti.
Jadi, Leaders di sini diberikan jadual training yang sistematik berkala dan berjadual untuk memastikan ilmu yang mencukup dan mampan ketika berhadapan dengan pelanggan.
Aktiviti minggu ini.
Post mortem santai.