Alhamdulillah, Tahniah Haji Sam Senin . Berkongsi kisah perjuangan.
Terus sebarkan manfaat. Insya Allah sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada ramai.
SALAM NISFU SYA’BAN..
INSPIRASI KEJAYAAN…
ALHAMDULILAH DAN TERIMA KASIH kepada UUM , khasnya kepada Prof. Dr. Haim , Prof Dr. Nor Hayati, Pm Dr. Khilmy , Dr. Alias , Dr. Abrar , Dr Hakim kerana sudi mengadakan perbincangan dan kerjasama untuk membangunkan agensi kami dan seterusnya mempertabatkan kerjaya sebagai ‘Islamic Financial Planner’
Walaupun pelbagai cabaran terpaksa kami tempuh tetapi ianya bukan alasan untuk sukses dalam kerjaya ini.
“Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah di jalannya.Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu. Turun-naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga.”
Antara kunci utama utk sukses dlm perniagaan Ialah menjadikan ia sebagai sunnah & penyambung perjuangan Rasullulah saw..
Untuk para graduan yang belum mempunyai kerjaya atau inginkan pendapatan tambahan dipersilakan untuk hubungi kami. Kami bersedia untuk membantu anda
Samsenin.com
Catatan Sebagai Perunding Kewangan Islam
PERKONGSIAN PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA…MEMORI CATATAN 2016
ASSALAMUALAIKUM….. .
Lihatlah semuanya dengan hati.
Siapa tahu?
Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari..
Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga mak ayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya.
Siapa tahu?
Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..
Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar..
Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini…mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia..
Siapa sangka?
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat..
Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti..
Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja.
Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.
Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan..
Paling mulia?
Tidak dikenali di dunia, tidak dipandang di dunia, orang biasa sahaja tapi dikenali di sisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga..
Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti…
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikan kami semua menjadi hamba MU yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah engkau berikan kepada kami dan jadikan kami semua jutawan yang zuhud dan terus dapat menyambung perjuangan Nabi Muhammad saw ..
Samsenin.com
Catatan Sebagai Perunding Kewangan Islam
PERKONGSIAN HARI INI….
‘Antara 2 darjat’.. Perkongsian hari ini .. Di awal kerjaya sebagai perunding Takaful hanya berbekalkan azam utk mengubah cara hidup dan sebuah motosikal buruk.. Apabila prospek tanya dtg naik apa hujan2 nie , saya bagitau naik Honda , dia tanya lagi accord ke civic, ala bang Honda biasa-biasa je.. Honda yang terlalu banyak berjasa dlm kerjaya ini.. Untuk kita terus berjaya dalam apa jua bidang kita seharusnya sentiasa ingat mereka yang membantu kita walaupun hanya sebesar zarah .. Moral cerita ini ialah untuk Protege kami dan mereka yang baru mula buat biz , mulakan dengan apa yang anda ada, tingkatkan azam & usaha tanpa jemu ..insyaallah anda akan berjaya mengejar impian anda
Samsenin.com
Catatan Sebagai Perunding Kewangan Islam