TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM
■?Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
■?Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
■?Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, “ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya”.
■?Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.
■?AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.
■?Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.
■?Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
■?Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.
■?Masa mayat duduk kita akan sedar, “ohh…aku dah meninggal dah”.
■? Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.
■?Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.
■?Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.
■?Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.
■?Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa
?Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat.
♥️ Saya share sebab sayang pada orang yang saya kenali..
JOM SAMA2 KITA Jadikan Al-Quran sebagai budaya hidup Dan perbanyakkan selawat atas Nabi SAW
RENUNGAN HARI INI..

MOTIVASI HARI INI

INSPIRASI HARI INI | “TUJUH AMALAN HEBAT” | MEMORI CATATAN 2020
Pertama :
Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.
Kedua :
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat…
Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat :
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki…
Kelima :
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda…
Keenam :
Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu sholat walau ia sedang tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosanya dan sayangilah dia … Yaa Allah”.
Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah Swt.
Alhamdulillah ♥️
Mari kita sama-sama amalkan ..
Syukran Tok Sidang diatas perkongsian Ilmu ini ..
RENUNGAN HARI INI..
