DIRGAHAYU TUANKU

Assalamualaikum WBT
Warga Usrah Associate plt merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 6 Jun 2022 Bersamaan 6 Zulkaedah 1443H.
Firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” At-Tahrim Ayat 6

#JihadBisnes
#UsrahAssociatesPLt
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawat

SETIAP YANG BERLAKU SUDAH PASTI ADA RAHSIANYA…

Kehidupan kita melalui proses yang berbeza.
Ada yang dilahirkan dalam keadaan serba mewah.
Ada yang dilahirkan dalam serba sederhana.
Untuk berjaya juga bukannya mudah.
Banyak onak ranjau yg dilalui. Proses yang panjang.
Cuma bila dah berjaya dan berharta sentiasa ingat siapa yang banyak membantu. Siapa yang banyak berkorban.
Kita pula bila melihat org berjaya, berharta dan mewah seeloknya kita turut gembira bukan kita iri dan dengki.
Hidup ini tidak lama.

Sumber: Rose Fyeiza Rusli